Koleksi Baju Kurung Moden 2014


Koleksi Baju Kurung Moden 2014


Assalamualaikum readers , Ramadhan al-Mubarak  dah dekat ni, perlu siapkan rohani dan jasmani untuk berpuasa lebih lagi di cuaca panas terik macam ni, sambil tu, mana nak ber Aidil Fitri nanti kenalah siap siap survey cari baju kurung yang cantik nak melaram nanti, kainnya perlu selesa sebab cuaca panas kan, siapa buzy sangat tu boleh shopping online pun okey kan.Cari baju kurung moden yang cantik?

Fenomena baju kurung moden kini melanda lagi dengan rekaan terbaru koleksi baju kurung moden 2014. Apa yang menarik, fesyen baju kurung moden ini mula diperkenalkan dan diminati oleh penggemar fesyen tanah air sejak awal tahun 2012. Berbeza dengan rekaan baju kurung yang klasik, baju kurung moden mempunyai potongan tanpa pesak dan rekaan kain yang berbeza tanpa lipatan di bahagian tepi.

Tahun ini, sekali lagi kita dilambakkan dengan barisan rekaan baju kurung moden yang amat menakjubkan seperti pereka-pereka tersohor Malaysia seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Syomir Izwa dan ramai lagi. Direka untuk mereka yang bercitarasa tinggi khususnya wanita bekerjaya yang sentiasa ingin kelihatan anggun dan bergaya.
Koleksi Baju Kurung Moden 2014

Berikut merupakan jenis stail atau rekaan baju kurung moden yang mendapat tempat di hati para wanita. Rekaan yang boleh dikatakan ringkas namun amat elegan untuk dipakaikan. Penggunaan warna lembut atau pastel sebagai fabrik utama dan dipadankan dengan kain berona hitam untuk memberikan sedikit kelainan.

Koleksi Baju Kurung Moden 2014
Seperti tahun-tahun yang sudah, penambahan lace pada rekaan baju kurung moden amat berpadanan dan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai. Penggunaan lace memang sesuatu yang ‘in-trend’ dan tidak dinafikan disukai oleh ramai wanita!

Koleksi Baju Kurung Moden 2014

Seterusnya stail color blocking seperti gambar di atas. Padanan warna yang kontra seperti biru dan merah, kuning dan ungu serta lain-lain lagi sememangnya memberikan penampilan yang berani kepada si pemakai. 

Temui koleksi baju kurung moden 2014 yang menawan dengan rekaan terkini apabila anda melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga. ZALORA Malaysia menyediakan pelbagai pilihan baju raya daripada pereka-pereka fesyen kegemaran anda dengan harga yang amat menakjubkan!

wow.. siapa nak beraya pakai kurung moden idaman ciptaan pereka tersohor ni silalah grab cepat cepat hokey ~



6 comments:

thank you for ur comments!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...